Jumat, 22 Mei 2015

PANAS!! Jawapan Balas Rita Rudaini Apabila Aidil Buat Laporan Polis


Menerusi Berita Harian, Rita Rudaini mendakwa laporan polis dari Aidil Zafuan hanya sandiwara semata-mata selain tidak faham motif sebenar Aidil dan Zarema.



JAWAB LAPORAN POLIS AIDIL

Bagi Rita Rudaini dia terus mempertahankan tindakannya itu selain langsung tidak mendedahkan nama pemilik nombor tersebut.

Jom baca komen Rita Rudaini:

“Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera di laman Instagram itu milik siapa. Tapi dia (Aidil) dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya. Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya”

“Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan berkenaan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa. Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja?”


ISTERI AIDIL HUBUNGI BERPULUH KALI

Selain itu Rita juga mendakwa Aidil pernah akui bahawa Zarema sering mengganggu Rita Rudaini dan telah berpuluh kali menghubunginya.

Ini komen Rita tentang hal ini:

“Dia sendiri mengaku kepada saya isterinya suka mengganggu saya. Isterinya pernah berpuluh kali menghubungi saya. Saya pun tak tahu apa motif isterinya nak buat begitu. Dia pernah cerita perangai isterinya sejak mereka belum berkahwin lagi,”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar