Kamis, 21 Mei 2015
GEMPAR!! Emma Maembong Terkena Buatan Orang??
Emma Maembong kini dikatakan mengalami masalah jerawat dan kulit yang teruk sehingga ada khabar angin yang menyifatkan apa yang dialami pelakon tersebut ketika ini sebagai buatan orang.
“Emma tidak berani untuk komen lebih-lebih tentang perkara ini. Tetapi ia satu situasi yang pelik kerana sebelum ini Emma tidak pernah mempunya masalah jerawat yang teruk. Tetapi dalam tempoh setahun ini, tiba-tiba kulit muka Emma ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga kulit muka Emma terkoyak”
“Emma juga telah menjalani banyak ujian darah dengan doktor dan mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kepada kerjaya Emma. Tetapi dalam hal ini, Emma cuba berfikiran positif dan insya-Allah semuanya akan kembali baik,” ujar Emma kepada portal Media Hiburan.
Selain itu, Emma turut menyatakan bahawa jika ditakdirkan jodohnya bersama Kamal Adli, pelakon ini tidak menolak perkara berkenaan dan buat masa ini Emma menyifatkan hubungan mereka adalah sekadar kawan dan tidak mahu merancang apa-apa. (rtky/s)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar