Tampilkan postingan dengan label HIT. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label HIT. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 18 November 2023

Korang Pasti Tidak Percaya Selepas Lihat 8 Gambar Wajah Miss Universe 1965 Selepas 50 Tahun...


Melihat wajah jelitawan ini selepas 50 tahun pasti membuatkan anda tergamam dan terkesima.

Ini kerana wajahnya masih sama malah kulitnya tampak muda dan anjal pada usianya kini, 67 tahun.

Apasra Hongsakula menjadi perhatian umum selepas memenangi ‘title’ Miss Universe pada tahun 1965, buat kali pertama dari Thailand.

Kini, gambarnya menjadi viral dalam media sosial kerana ramai tidak menyangka pada usia sekarang dia kelihatan masih muda dan tidak jauh beza semenjak anugerah yang dimenangi 50 tahun lalu.







Namun dengarnya, bagi mengekalkan kemudaan wajah dia melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289)

Bagaimanapun, pengurus kepada Apasra menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin itu jadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda.

Ye ke.. korang rasa boleh percaya? - MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH R

Kamis, 16 Februari 2023

Apa Dah Jadi ??? Wanita Berjubah Juga Tewas Di Tangan Negro !!!


NALURI setiap insan sememangnya mendambakan pasangan hidup untuk memenuhi keperluan zahir dan batin mereka.

  1. Perkara sama yang diharapkan Rozi Ali, seorang wanita Melayu Thailand yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah Satun.
  2. Dia yang membesar di Selatan Thailand mengambil keputusan berhijrah ke Shah Alam, Selangor.
  3. Keputusannya itu tidak sia-sia kerana tidak lama selepas itu dia bergelar seorang usahawan berjaya dalam bidang membekalkan peralatan aksesori rumah.
  4. Mungkin kerana dihambat urusan perniagaan, soal jodoh tidak menjadi keutamaan wanita berusia 48 tahun ini.
  5. Namun, kesibukan itu tidak menghalang wanita yang selesa mengenakan pakaian jubah ini daripada mengikuti kuliah agama dan solat berjemaah di sebuah surau di Shah Alam.



  • Situasi itu juga menemukan wanita bersuara lembut ini dengan seorang lelaki Nigeria bernama Suhaili yang bekerja sebagai pekerja kontrak berhampiran rumah Rozi.
  • Suhaili berbadan sasa selain berusia 20 tahun lebih muda daripada Rozi. Dia juga sering sembahyang berjemaah di surau yang sama.
  • Lama-kelamaan perwatakan sopan santun lelaki benua Afrika ini membuatkan hati Rozi terpaut.
  • Sepupu Rozi, yang merupakan ahli jawatankuasa surau terbabit turut berkawan baik dengan Suhaili.
  • Selepas tiga bulan mengenali antara satu sama lain akhirnya mereka dijodohkan dalam satu majlis pernikahan ringkas di surau itu pada pertengahan tahun lepas.

Majlis perkahwinan itu diaturkan oleh sepupunya bersama ahli kariah surau yang lain.

Rozi menyangka kehidupannya serba lengkap setelah mempunyai keluarga sendiri tetapi itu hanya permulaan noktah hitam dalam kehidupannya.

Belang sebenar

"Semuanya ternyata indah semasa awal perkahwinan. Dia seorang yang mengambil berat.

"Dia gemar memasak selain mahir menyediakan masakan Melayu. Semua itu membuatkan saya bersyukur dapat berkahwin dengannya," tutur Rozi yang enggan gambarnya dirakam demi keselamatan dirinya.

Dua bulan selepas itu, Rozi disahkan mengandung.

"Saya dan Suhaili cukup gembira. Walaupun usia saya sudah lanjut ia tidak menghalang kami memperoleh anak sulung.

"Dia tidak membenarkan saya membuat kerja-kerja berat di rumah bahkan sering memasakkan makanan kegemaran saya," ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Rozi, sebaik sahaja anak sulung mereka selamat dilahirkan suaminya menunjukkan bibit-bibit perubahan.

Suhaili kerap keluar malam dan kadangkala tidak balik ke rumah selama berhari-hari dengan alasan berjumpa rakan-rakannya.

"Sebenarnya saya tidak kisah walaupun sepanjang mendirikan rumah tangga saya yang menanggung perbelanjaan rumah. Saya faham dia cuma pekerja kontrak, berapa sangatlah gajinya.

"Malah, saya selalu memberinya wang selain membenarkan dia menggunakan kereta Perodua Myvi saya. Tetapi perbuatannya yang tidak pulang ke rumah mencurigakan saya," kata Rozi.

Setelah lama bersabar dengan sikap suaminya akhirnya mereka bertengkar pada awal Mac lalu.

Suhaili yang selama ini seorang pendiam dan tidak pernah melakukan kekerasan terhadap isterinya bertindak sebaliknya.

"Saya sering ditampar dan ditendang. Saya pernah membuat laporan polis tetapi salinan aduan itu disimpan Suhaili. Dia mengugut supaya saya tidak memberitahu peristiwa itu kepada sesiapa.

"Katanya saya akan dipukul dengan lebih teruk lagi jika mendedahkan perihal rumah tangga kami kepada orang lain," ujarnya.

Selepas kejadian itu, Suhaili semakin jarang berada di rumah. Pernah sehingga berminggu-minggu dia meninggalkan si isteri.

Sekiranya pulang sekali pun dia cuma ingin meminta wang daripada Rozi.

Kahwin lain

Kebenaran akhirnya terserlah juga tidak lama kemudian. Rozi menerima panggilan telefon daripada seorang wanita bernama Fauziah yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan Suhaili.

Lebih mengejutkan Rozi, Fauziah mendakwa berkahwin dengan suami Rozi itu di Thailand bagi menutup malu kerana dia sedang mengandung anak luar nikah Suhaili....

Menurut Fauziah, Suhaili mengaku kepadanya yang dia telah beristeri tetapi memburuk-burukkan Rozi dengan menuduh wanita itu tidak menjaganya dengan baik....

"Saya terkejut. Tidak lama selepas itu Suhaili pulang ke rumah tetapi dia tidak menafikan dakwaan Fauziah itu....

"Saya meminta cerai daripadanya tetapi dia enggan, kecuali saya memberikan kereta kepadanya dan wang sebanyak RM20,000 yang tentu sekali tidak akan saya berikan," cerita Rozi....

Kerana tidak mahu terus makan hati, Rozi berpakat dengan beberapa ahli kariah surau untuk bersemuka dengan suaminya itu bagi menerangkan kesalahan yang dilakukannya....

Akhirnya pada awal Mei lalu semasa suaminya pulang untuk meminta wang, sepupu dan beberapa orang ahli kariah surau datang ke rumah Rozi....

"Setelah penjelasan diberikan, Suhaili bersetuju untuk menceraikan saya dengan talak satu selain memulangkan kembali kereta yang digunakannya....

"Saya memang sedih peristiwa ini berlaku ketika umur saya semakin lanjut. Sebelum ini banyak kes melibatkan warga Afrika menipu gadis Melayu tetapi kali ini lelaki seperti itu cuma alim-alim kucing atau berpura-pura baik," kata Rozi. ...

Rabu, 15 Februari 2023

Sabtu, 23 Mei 2015

GEMPAR!! 10 Gambar Kubur Besar Beramai-Ramai Ditemui Di Padang Besar Perlis

Seorang pegawai polis peronda Thailand dilihat menjaga satu kawasan yang menempatkan hampir 30 mayat pelarian Rohingya di sebuah hutan di daerah Sadao, wilayah Songkhla, selatan Thailand pada 2 Mei lalu

KANGAR: Satu kubur besar yang dipercayai menempatkan hampir 100 mayat pendatang Rohingya dijumpai di Padang Besar, Perlis.

Memetik satu laporan dari The Star Online, komando polis dan pasukan forensik Bukit Aman sudah tiba di tempat kejadian pada petang Jumaat yag lalu. Menurut laporan tersebut juga, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan membuat satu sidang akhbar berikutan penemuan itu.

"Setakat ini tiada maklumat boleh didapati kerana dipercayai polis di sedang menjalankan operasi," kata sumber dari laporan tersebut.

Menurut seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, lokasi itu sekarang menjadi kawasan larangan dan tidak boleh diakses oleh oarang awam.

"Tempat itu telah dikepung dan ia terletak di kawasan yang berbukit," katanya.

Seorang penduduk kampung berkata ada kemungkinan sebuah kubur besar telah dijumpai di Padang Besar.

"Orang Rohingya boleh mati di mana sahaja dan bukan hanya di Thailand.

"Kita tak boleh pilih di mana hendak mati", katanya.

Keadaan di bandar Padang Besar kini kelihatan normal seperti biasa, kecuali kehadiran beberapa jentera polis yang dapat dilihat berhenti di bahu jalan di tepi gerai makanan.
 
 

10 Gambar Terbaru Kakak Nora Danish Yang Lagi Mengancam Dan Pasti Anda Berkata WOW!!


Rata-rata orang kebanyakan di Malaysia ini sudah tentunya mengenali artis cantik bertubuh genit ini. Sudah la cantik, lagi 'menghangatkan' ialah beliau dikatakan kini sedang asyik dilamun cinta dengan orang kenamaan. 

Siapa lagi kalau bukan Nora Danish yang menjadi antara topik perbualan ramai darsawarsa ini. Tapi anda semua tahu tak yang artis pujaan ramai ini mempunyai seorang kakak yang cukup-cukup menawan! Agak-agak siapa lagi menawan? Nora ke kakaknya? 

Haa ... Jom sama-sama kita lihat gambar 'selfie' mereka di bawah ni. . . 




Memang cun 'gila' kan dua beradik ni. Tak boleh nak terkata dengan kata-kata siapa lagi cantik sebenarnya. Tu bagi admin la kan, bagi korang?

Kamis, 26 Februari 2015

Lelaki Berusia 70 Tahun Ini Terpaksa Bekerja Keras Selama 15 Tahun Semata-Mata Untuk Membayar Hutang RM400 RIBU Yang Tidak Pernah Wujud !!!



Ditipu berhutang dengan kerajaan Singapura sejumlah wang $400,000, warga emas berumur 70 tahun dikenali sebagai Tan Soy Kiang menghabiskan masa 15 tahun lalu bekerja keras dengan 2 pekerjaan berbeza, hidup dengan sejimat yang mungkin dan meminjam wang dari jiran serta kakaknya bagi melangsungkan hidup...

Hanya baru-baru ini telah terbongkar bahawa DIA TIDAK MEMPUNYAI APA-APA HUTANG!!! Ia hanyalah sebuah penipuan yang didalangi dua wanita rakyat Singapura yang tahu dia seorang yang lurus...

15 tahun yang lalu dua wanita ini menemui Tan dan memberitahunya bahawa dia berhutang dengan kerajaan dengan jumlah yang banyak dan perlu menyelesaikannya atau dia bakal dipenjara.Takut dengan amaran tersebut, Tan memohon pertimbangan mereka berdua kerana dia tidak mempunyai wang dengan jumlah yang banyak...

Jadi wanita tersebut memberitahunya dia boleh membayar mereka secara ansuran melalui mereka tepat pada tarikh gajinya.Jika ada kelewatan dia bakal dipenjarakan...

Tan terpaksa melakukan 2 pekerjaan bagi mempercepatkan tempoh pembayaran hutangnya yang tidak wujud tersebut.Pada sebelah pagi dia bekerja sebagai pencuci jalan dengan gaji $1000 manakala satu lagi pekerjaan sebagai atendan pam minyak juga dengan gaji $1000...

Setiap hujung bulan 2 orang wanita tersebut akan datang bagi mengutip 'Hutang' dan setiap sen wang gajinya diberikan pada mereka walaupun sebenarnya ia tidak wujud sama sekali...

Dia hidup bersendirian dan terlalu sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk bersama rakan-rakan dan saudara.Rakan kerja setempat yang melihat dia selalu berjumpa 2 wanita tersebut merasakan tiada yang pelik dan aneh dan tidak terlintas untuk bertanya....

Walaupun dikatakan sudah membayar sebahagian besar 'Hutang' tersebut namun ia tidak mencukupi dan memaksa dia mengeluarkan wang persaraan sebanyak $53,000....

Penipuan itu terbongkar apabila anak saudaranya,Pamela Lim yang menetap di Australia selama 15 tahun pulang dan menemui Tan dalam keadaan menyedihkan.Dia lebih terkejut apabila Tan terpaksa membuat 2 pekerjaan bagi meneruskan hidup.

Pamela tidak percaya apabila Tan memberitahu dia mempunyai hutang akibat perniagaannya gagal dan setelah dipaksa beberapa kali baru Tan memberitahu hal 'Hutang' tersebut.Walaupun dia mungkin sudah sedar yang dia sudah ditipu namun dia tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.

Pamela telah merancang satu perangkap bagi menangkap 2 wanita tersebut dan akhirnya mereka berdua mengaku merancang penipuan tersebut.Bagi menyelesaikan kes secara baik mereka berjanji akan membayar $500 kepada Tan walaupun sebenarnya Tan membayar mereka $2000 setiap bulan!

Apabila Pamela melaporkannya kepada balai polis,mereka mengklasifikasikan Tan membayar secara sukarela.Gila bukan? Pamela sedang berusaha membawa kes itu ke mahkamah dan jika menang, wanita tersebut bakal dipenjara 10 tahun dan dikenakan denda serta membayar semula wang Tan yang ditipu....

KEJAM !!! Akibat CINTA Terlarang ,Gadis Cantik Ini Dikurung Selama 6 Tahun !!!


CHINA....Enam tahun…. ia merupakan satu jangka waktu yang panjang yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita selepas dikurung oleh ibu bapanya hanya kerana dia bercinta dengan lelaki yang tidak mereka sukai...

Zhang Qi, 24, dilayan seperti binatang dan dikurung di dalam sebuah bangunan usang di Jingang selepas mereka memaksanya memutuskan hubungan dengan kekasihnya pada 2009...

Dia cuba melarikan diri daripada kurungan berkenaan namun gagal dan ibu bapanya pula memberitahu penduduk kampong bahawa anak mereka dikurung di situ kerana mengalami masalah mental...

Disebabkan bapa Zhang Qi merupakan seorang individu yang berkuasa di kampung tersebut, maka penduduk kampung tidak dapat berbuat apa-apa setelah diminta tidak masuk campur..

Bagaimanapun salah seorang penduduk kampung berkenaan, Chow Jen, 50, berjaya merakamkan gambar menyedihkan itu dan kemudian dia memuatnaik dalam media sosial....

“Semua orang tahu bahawa Zhang Qi ditempatkan di bangunan using berkenaan. Saya amat sedih apabila mengetahui mengenainya. Memandangkan saya hanya pulang ke kampung itu sekali sekali sahaja, maka saya memuat naik gambar Zhang Qi dalam media sosial kerana pihak berkuasa tempatan enggan mengambil sebarang tindakan...

“Meskipun jika betul Zhang Qi mengalami masalah mental, dia tidak sepatutnya dikurung begitu dan seharusnya diberikan rawatan,’’ katanya...

Menurut Chow Jen, setiap kali balik kampung pada Tahun Baru Cina, dia akan melawat Zhang Qi secara senyap-senyap...

Jelasnya, apabila melihat keadaan gadis itu yang menyedihkan, dia merasakan sesuatu perlu dilakukan.....!!!